Sejarah SRIP

Sekolah Rendah Islam Pintar(SRIP) ditubuhkan sebagai makanisme bagi memenuhi keperluan ummah kepada model institusi pendidikan unggul. Kurikulumnya menggabungkan pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, Persediaan untuk UPSR, UPKK dan UPSRA serta Asas Teknologi Maklumat. Serentak dengan pencapaian akademik yang cemerlang, SRIP juga akan memastikan lahirnya pelajar yang berakhlak, berilmu, beramal, berdaya saing, berketerampilan dan berjiwa juang bagi menghadapi cabaran abad ini.

Usaha-usaha menubuhkan SRIP lahir daripada kesedaran ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi meningkatkan keupayan sistem dan institusi pendidikan Islam ummah supaya berdaya saing dan mampu menguasai arus deras perkembangan dunia pendidikan moden. Ledakan teknologi maklumat sesungguhnya membawa cabaran besar kepada umat Islam jika sistem pendidikan dan institusi pendidikan Islam yang dimiliki ummah tidak bersedia meneroka pendekatan-pendekatan baru dan memanfaatkan penemuan-penemuan baru teknologi pendidikan.

Berdasarkan kesedaran itu, Gagasan Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) lahir pada 27 Julai 1997 di Kuala Lumpur dengan dipelopori oleh Dr Azizan Hj. Ismail, Ir Mustafa Abd. Kadir dan Ustaz Hj. Abu Bakar Chik.

Usaha-usaha gigih telah dilaksanakan oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah sehingga akhirnya pada Januari 1998, tiga cawangan SRIP memulakan sessi persekolahan pertamanya iaitu SRIP Desa Melawati, Kuala Lumpur; SRIP Ipoh di Rapat Setia dan SRIP Melaka di Batu Berendam. Cawangan SRIP di Desa Melawati Kuala Lumpur adalah cawangan induk dan model kepada SRIP yang kini berkembang pesat melalui kaedah francais pada peringkat permulaannya.

Usaha-usaha menubuhkan SRIP lahir daripada kesedaran ahli-ahli Lembaga Pengarah Ilmu Amal Sdn Bhd bagi meningkatkan keupayan sistem dan institusi pendidikan Islam ummah supaya berdaya saing dan mampu menguasai arus deras perkembangan dunia pendidikan moden. Ledakan teknologi maklumat sesungguhnya membawa cabaran besar kepada umat Islam jika sistem pendidikan dan institusi pendidikan Islam yang dimiliki ummah tidak bersedia meneroka pendekatan-pendekatan baru dan memanfaatkan penemuan-penemuan baru teknologi pendidikan.

Berdasarkan kesedaran itu, Gagasan Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) lahir pada 27 Julai 1997 di Kuala Lumpur dengan dipelopori oleh Dr Azizan Hj. Ismail, Ir Mustafa Abd. Kadir dan Ustaz Hj. Abu Bakar Chik.

Usaha-usaha gigih telah dilaksanakan oleh Ilmu Amal Sdn Bhd sehingga akhirnya pada Januari 1998, tiga cawangan SRIP memulakan sessi persekolahan pertamanya iaitu SRIP Desa Melawati, Kuala Lumpur; SRIP Ipoh di Rapat Setia dan SRIP Melaka di Batu Berendam. Cawangan SRIP di Desa Melawati Kuala Lumpur adalah cawangan induk dan model kepada SRIP yang kini berkembang pesat melalui kaedah francais.

Written by

Srip Melawati

No Comments Yet.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.