Dari Meja Guru Besar

Assalammulaikum w.b.t.

Ahlan wasahlan kepada pengunjung portal rasmi Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP).

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah dengan wujudnya portal ini. Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah, Pihak pengurusan, pendidik-pendidik, PIBG serta warga SRIP yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan portal ini.

Portal ini diwujudkan sebagai wadah untuk kita memanjangkan ukhuwah disamping melontarkan pandangan serta menyebarkan ilmu sesama kita. Menurut sabda Rasulullah “Sesiapa yang menuntut ilmu, maka ia berjuang fisabilillah sehingga ia kembali”  (Riwayat At-Tirmizi Ad-Darimi)

Sebagai pendidik, amanah yang digalas amatlah besar. Semuanya inginkan yang terbaik, namun  konsep ‘terbaik’ mempunyai pandangan yang berbeza. Ibubapa inginkan anak yang cemerlang (akademik), begitu juga guru. Namun nilaian yang utama adalah akhlak yang terbina dalam diri anak-anak. Generasi Nabi Muhammad yang akan menelusuri zaman globalisasi.

Cabaran ini sungguh menduga kita sebagai guru dan ibubapa (pendidik) mendekatkan Allah kepada anak-anak. Meletakkan Allah sebagai takhta yang tertinggi dalam ketaatan.  Berdasarkan kemampuan yang terhad ini, kita mohon kepada Allah agar redanya sentiasa mengiringi kita. Insyaallah.

 

Diharapkan portal ini dapat memberi manfaat kepada semua.

 

Siti Rohaida bt.  Mohamed Zaini

Guru Besar

Sek. Ren. Islam Pintar

 

Written by

SITI ROHAIDA

Siti Rohaida binti Mohamed Zaini merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Melawati. Beliau telah lama berkhidmat di SRIP melawati sejak dari tahun 2002 lagi.

No Comments Yet.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.